Pembikinan Muzik Video Maryam dari Bimasakti

Pembikinan muzik video Maryam mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan dek kerana komitmen kerjaya tetap dari ahli band serta beberapa faktor lain seperti model, pelakon, props, lokasi dan penajaan. Ternyata sepanjang pembikinan muzik video bersama band Bimasakti (sebelum ini dikenali sebagai Pieremiddle) adalah satu pengalaman menarik dan seronok. Muzik video Maryam dari Bimasakti adalah muzik video band atau kugiran yang diarahkan oleh Anwar Abdullah dari Kaio Studio.BIMASAKTI-WHITE

Lokasi Penggambaraan Muzik Video Maryam dari Bimasakti

Antara lokasi yang menjadi lokasi penggambaraan adalah di Restoran Pipers, UEM Sunrise Bungalow dan D’Chorus Studio serta beberapa lokasi sekitarnya. Make up dan dandanan rambut pula ditaja oleh Star Studio. Muzik video ini adalah terbitan Seventeen Eleven Music.

bts-001A bts-002A bts-003A