SEMINAR EVO WANG 2016 diadakan di IDCC SHAH ALAM

Kita perlu tahu mempelbagaikan sumber pendapatan demi mendepani cabaran ekonomi masa kini. Namun ramai yang tiada ilmu menguruskan kewangan dengan betul sehingga tiada sebarang simpanan untuk masa hadapan. Malah dengan kewujudan pelbagai jenis pelaburan membuatkan kita alpa tentang halal haram, apatah lagi terlibat dengan skim-skim pelaburan yang tidak diluluskan dan ‘non-syariah compliance’.

Justeru, seminar Evo Wang menjemput mereka yang pakar untuk menjelaskan ilmu pengurusan wang, pelaburan saham dan hartanah patuh syariah. Key speaker yang hadir adalah Ustaz Dr Zaharuddin (Pakar Perbankan Dan Kewangan Islam), AbangAbu (Speaker, Trainer, Penulis, Jurulatih Kewangan), Ahyat Ishak (Pengarang buku terlaris ‘Buku Strategik Pelabur Hartanah’) dan Mohd Asri Ahmad (Mentor Pelaburan Saham No. 1 Malaysia).

Seminar Evo wang 2016

Apa yang dikongsikan di Seminar Evo Wang 2016 ?

Asas Kewangan Islam – Uztaz Dr Zaharuddin
1. HALAL dan HARAM dalam pelaburan.
2. Bagaimana mengenalpasti pelaburan 100% patuh syariah.

Mekanik Wang – Abang Abu

1. 5 Rukun KAYA.
2. 6 Formula KAYA.
3. Bagaimana menguruskan kewangan secara bijak mengunakan kompas wang.
4. Fahamkan 4 langkah penting mencapai kebebasan kewangan.
5. Kenali dan membina aliran wang kekayaan.
6. Minda dan persiapan menjadi Entrepreneur Investor.

Pelaburan Saham – Haji Mohd Asri Ahmad
1. Bagaimana meraih pulangan yang luar biasa melalui pelaburan saham secara sah, selamat, mudah serta patuh syariah.
2. Bagaimana membina dana pendidikan anak tanpa bergantung kepada pinjaman.
3. Bagaimana boleh melabur dengan modal yang rendah.
4. Bagaimana memilih saham-saham yang berkualiti serendah RM1 sesaham yang boleh memberi pulangan 200%.
5. Jana pendapatan secara pasif untuk bersara awal.
6. Pelajari formula A-B-C bagi pemilihan saham.

Pelaburan Hartanah – Ahyatt Ishak
1. Fahami rahsia pasaran hartanah sebenar supaya tahu bila nak bertindak. Adakah nak tunggu atau adakah boleh bertindak sekarang? Apa peluang dan apa perangkap yang ada?
2. Kenali formula 3S yg mampu mencetus perjuangan anda dalam bidang hartanah.
3. Pelajari 3 huruf paling berkuasa dalam pelaburan hartanah.
4. Fahami 8 senjata ilmu seorang pejuang hartanah.
5. Kenali 7 langkah pilih aset yang akan menyelamatkan anda daripada risiko & bahaya
6. Bongkar 100 lubuk rahsia hartanah mampu milik yang masih belum diserang ramai pelabur!

Sumber dari,
1. Khir Khalid
2. Shakiddo