Apa yang disebutkan dengan personal branding? Personal branding ialah satu cara untuk seseorang memasarkan diri mereka, jenama atau kerjaya mereka. Ianya satu proses berterusan untuk membina imej diri atau ‘tanggapan baik’ orang ramai tentang diri anda. Personal branding juga adalah bagus untuk membina imej sesebuah kumpulan dan organisasi.

Jadi, kami nak kongsikan dengan anda beberapa tip untuk personal branding. Kami yakin anda akan suka apa yang akan kami kongsikan. Jangan lupa tag kawan-kawan anda supaya mereka pun akan lebih tahu.

Anda nak tak jika kami bantu anda bina perniagaan anda sendiri? Ramai orang berjaya mencapai tahap kehidupan yang lebih baik setelah mereka berjaya memperbaiki tahap kehidupan melalui perniagaan. Tapi bagaimana nak mula?

1. Apa tujuan utama anda?

Memang betul ramai orang nak jadi ikon, tapi adakah anda tahu ianya untuk apa? Apa tujuan anda? Apa yang anda nak capai? Ini adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu dengan jelas. Tanyakan soalan-soalan ini:

– Anda nak dikenali sebagai apa?
– Anda nak siapa kenali anda?
– Apa yang anda boleh beri kepada orang ramai jika anda terkenal?

Bila ini sudah jelas, mudah untuk anda tahu hala tuju sendiri.

2. Jadikan diri anda mudah ditemui.

Bila anda mahu membina jenama diri anda atau personal branding, anda mesti jadikan diri anda ‘mudah ditemui’.

Jika anda buat bisnes produk, dan marketing boleh bantu ramai orang nampak produk anda, begitu juga dengan jika anda nak membina personal branding, anda perlu jadikan diri anda mudah dilihat dan lebih ramai orang nampak diri anda.

Tetapi perlu ingat, orang ramai perlu nampak anda dengan imej yang anda nak mereka kenali anda, dengan personal branding yang anda nak bawa.

3. Berani menulis.

Antara cara paling baik dan mudah untuk membina imej anda ialah dengan menulis terutamanya di akhbar dan majalah yang selalu menjadi bacaan orang ramai.

Selain dari itu, boleh juga menulis eBook atau buku sendiri. Bila anda mampu menulis di akhbar, majalah, eBook atau buku, ianya sebagai satu bukti anda betul-betul pakar dalam bidang anda.

4. Photoshoot yang menarik.

Laburkan sedikit untuk anda dapatkan photoshoot yang menarik. Ianya perlu untuk anda gunakannya di media sosial anda sebagai foto profile.

Photo yang bagus menunjukkan anda serius dengan imej anda dan apa yang anda nak sampaikan serta lakukan. Anda memandang diri anda sebagai serius dan percaya kepada kemampuan diri anda untuk membantu lebih ramai orang lain.

Tempah Gambar Profesional Syarikat Anda Info Picit Sini

5. Cipta ‘statement’ anda sendiri.

Cipta satu statement yang terbaik untuk diri sendiri. Ianya mungkin akan mengambil sedikit masa untuk anda cuba dapatkan statement yang terbaik.

6. Online Presence itu penting.

Jangan malu untuk muncul di media sosial jika anda mahu membina personal branding. Kemunculan anda di media sosial dengan imej yang mahu anda tampilkan mampu bantu anda untuk lebih mudah dikenali.

Online presence juga merupakan cara paling murah dan mudah untuk anda gunakan. Anda boleh mulakan dengan berkongsi ilmu, tip, dan buat ‘live video’.

Jika anda mampu membuatkan penampilan anda di media sosial menjadi viral, InsyaAllah lagi mudah untuk anda dikenali. Tapi anda kena berhati-hati dan pastikan anda muncul dengan imej yang betul.

7. Berlatih bercakap.

Ini antara kemahiran yang penting yang anda perlu ada. Gaya bercakap, gaya persembahan, intonasi suara, dan cara anda mempersembahkan isi kandungan semuanya adalah penting.

Tak semestinya kemahiran bercakap ini digunakan bila bercakap di hadapan orang ramai sahaja, tetapi ianya perlu bila anda bercakap dengan satu individu.

Anda perlu pastikan apa yang anda cakapkan ‘sampai’ kepada target sasaran anda.