Sebagai pendiri bisnes, imej yang menarik adalah amat penting sekali untuk menarik kepercayaan bakal pelanggan dan pelabur untuk membeli produk, mengambil servis yang ditawar atau melabur jutaan ringgit ke dalam syarikat.

Dalam psikologi, first impression adalah saat kritikal apabila seseorang pertama kali bertemu sama ada secara berhadapan atau melihat gambar dan menonton video anda. Dalam masa 7 saat pemerhatian pertama kali ini seseorang dapat menilai secara kasar berminat berurusan dengan anda atau tidak

Jadi, anda perlu menonjol kan imej yang professional, outstanding dan menarik berbanding pesaing yang lain supaya dapat tanam minda bawah sedar pelanggan boleh menilai dan memandang anda lebih hebat daripada pesaing.

Siapa yang menjalankan bisnes secara onlineĀ rugi anda tidak jaga imej anda di social media kerana 55% orang menilai kita secara luaran.

3 Sebab kenapa anda perlu jaga imej bagi impress mata mata audienceĀ 

1. Naikkan keyakinan diri sendiri

Anda rasa bersih, selesa, anggun hensem & wangi. Confident level tinggi untuk bertegur sapa orang lain. Daripada situ terjalin hubungan bisnes networking

2. Bina kepercayaan audience yang melihat kita

Pakaian apa boleh dipakai supaya bakal pelanggan boleh percayai apa yang kita boleh bantu mereka. Jangan hancur kan 7 saat first impression manusia menilai kita melalui visual dan penampilan luaran. Walaupun tidak berada di depan kita 7 saat yang ini penting hanya dari jarak jauh orang lain boleh menilai.

3. Komunikasi senyap yang berkesan

Penampilan yang berpengaruh, kita sedang menghasil kan komunikasi senyap. Bila kita ada imej yang professional, lagi mudah untuk bina perhubungan. Komunikasi senyap adalah daripada penampilan luaran kita tonjol kan sebelum kita meneruskan langkah seterusnya.

Next artikel kami akan kongsi kan tentang Penampilan, Komunikasi dan Perbuatan yang professional.

Jika anda berminat untuk baca tips seterusnya boleh share ke wall anda supaya rakan-rakan lain dapat maanfaat dan ada juga tak lupa untuk membaca lagi pada masa akan datang.